Pages

Monday, January 28, 2013

34- Manusia.........


Apa lagi kisah yang mahu direka?
Dusta nista apakah lagi yang tak habis dijaja?

Mungkin belum cukup rasanya yang telah ditohmah
hingga kini berantakan semuanya,
walaupun kita hanyalah sama, hina-dina.

Insaflah, sebelum yang mendatang kian retak, hancur menyemak,
bagai asap hitam terbang, pergi meninggalkan abu.

Hiduplah sebagai manusia yang sejahtera, yang suci fitrahnya.
Harmoni hati.. tanpa hasad yang membengkak di jiwa.
Api dalam sekam atau mungkin juga duri dalam daging?
Keluarkan ia, sebelum kembali bernanah membusuk.

-Husna 28 Jan 2013-
2.35pm Hayyu Birkah.

راحة اللسان في قلة الكلام


Watch your words, pick your battles.
Breathe.

No comments: