Pages

salji

bunga

Monday, February 20, 2012

17- Aduhai Da'ie..



Sendiri tanpa bahu?

Biarlah sendiri, asalkan tetap berdiri
biarlah andai tanpa bahu
Pedulikan jika tiada siapa tahu..



Kita kan sang Da'ie gagah..
usahlah cepat melatah.
Kita kan sang Da'ie tabah..
lontar jauh-jauh rencah gundah.
dunia ini bukan sekadar terpampang indah,
terlalu banyak diselangi mehnah..
percayalah.. sang Da'ie itu perlu tabah.
sangat tabah!!

"Membujur lalu, melintang patah"
Jika dibujurkan kita lalu..
Jika dilintang, kita patahkan!
Tempuhlah dengan segenap asa..
Kembalilah kepada DIA, Yang Memberikan asa juga rasa.

Sungguh, terkadang sang Da'ie mengah
terkadang dia seperti hilang arah.
diam bagai dipersalah
berganjak pula dilontar amarah



surat cinta DIA berbicara;

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan pula (merasa) bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman."
[Al-Imran : 139]

 maka, apakah sifat-sifat orang beriman?
antaranya bersabar.. :)
bersabarlah, usah tewas.
bertahanlah, di saat mereka tak mengerti..
pergilah, pujuklah mereka.. jika mereka malu dan takut dimengerti
berhikmah, itulah seharusnya Da'ie.


maafkan aku kakak..
aku mungkin hanya boleh menutur seadanya,
tapi terkadang aku gagal melaksana..
aku mungkin hanya boleh memujuk,
tapi adakalanya aku juga harus dipujuk..
aku mungkin hanya boleh menepuk bahu,
tapi semestinya aku tak terdaya menggalas pundakmu.
aku mungkin hanya boleh memberitahu semampuku,
walau kisah sendiri, aku pun tak tahu..


maafkan aku..
teruslah berjuang,
denai dakwah ini terlalu panjang..
walau denai ini mungkin sempit,
awaslah, jangan sampai ia menghimpit.

husna rashha
Bayt Busyraa, JORDAN
(210212- GMT+2)

melayar malam gelita, hati berkata.
apa rasa....???  ;(


#surat balas untuk kakak saya, Atin Jieha ;)
jom pegang tangan saya, kita sama-sama!! 



nota HR:
[hati yang berkata, aku juga mahu ikut serta!]
andai lah bisa.. :(

Kami sudah sedia jauh, tapi kini lebih menjauhkan kami..
Semoga takkan merubah apa2, malah menambahkan rasa.
semoga baik2 saja, hendaknya..♥




3 ulasan:

Along Atin Jieha said...

clueless... :'-(
may All is well.
i will be ok, with u .i will ok..
jangan merajuk wahai da'ie...

TafaqquhFiddin said...

Buat yang bergelar "Da'ie":
Ketahuilah bahawa bahtera dakwah ini sentiasa sarat dengan insan2 yang rela menumpahkan darah dan air mata.
Bahtera dakwah ini senntiasa menjadi idaman mereka yang rindukan Syahid di jalanNya.Hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus berlayar walaupun tanpa kita.
Hakikatnya kitalah yang bertuah sekiranya memilih untuk menaikinya.Mungkin letih, tak sanggup memikulnya.
Munkin saja kita terasa seakan ingin turun dan berlabuh di mana2, namun ketahuilah bahawa bahtera inilah bukti serta tanda kepatuhan kita kepada Pencipta kerana hakikatnya dakwah ini bukan pilihan bahkan tuntutan dari Dia buat hambaNya =)

La Dolce Husna :) said...

Akak Atin Jieha:
:) All is WELL~
insyaAllah husna ok je,
jgn risau psl malam td.. hhuhu.. =)
even i'm not totally ok, but i'll be fine! ;)

Tafaqqh fiddin:
Terima kasih atas peringatan dan tasyji' nya..
mantap.