Pages

salji

bunga

Sunday, June 3, 2012

23- Nasi Kerabu Pengubat Rindu.. :)




Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, minggu lepas selesai final exam untuk semester kali ini, sampai hari ini dah 5 hari cuti semester. Sementara menunggu summer semester akan datang, saya masih mencari-cari aktiviti bermanfaat untuk menghilangkan kebosanan yang teramat ini.. ya Allah T_T

Alahai nasi kerabu!!! @__@
Lama betul mengidam nak makan nasi kerabu. Kalau waktu hari dawam (baca: kuliah), selalunya pikir banyak kali kalau nak masak yang rumit2 ni..takpun, biasanya tunggu weekend je. baru lah heaven sikit nak memasak. Jadi untuk memuaskan hati, cuti2 semester macam ni lah cover balik apa-apa yang mengidam, masak yang mana termampu. (tu pon kalau time rajin) hihihi..

Sebenarnya kalau diikutkan, memang banyak pulak yang teringinnya.. hehe. 
(list2.. nasi kerabu, keropok lekor, cendol, nasi dagang, kuih seri muka, tepung pelita, banyaaaak lagi). ><

Kali ini, NASI KERABU. ;D
Sambil memasak-masak, bukak ustream tv tengok Himpunan Hijau di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Hehe, semangat punya pasal.. :)
*kalau orang lain pegi, tak jeles sgt pon.. tapi adik-beradik pergi, SANGAT JELES ok!! T_T
Seronok kemain lagi adik2 berdua di Malaysia tu.. insyaAllah.

subhanallah, ku lihat HIJAU~

kot2 la nampak budak berdua tu. eiii, geram rasa! XD

Ok, berbalik pada nasi kerabu. Nak kata hebat, memang tak la. Baru pertama kali buat.. jadi, masa membuat tu lama la jugak. (bayangkan dari zohor, sampai lah lewat petang.. hehe) Tak mengapa.. kalau pertama kali, itu perkara biasa.  Resepi asalnya dari banyak-banyak resepi di internet, tapi dimodified ikut sesuka hati. Masa memasak tu, dalam hati... “sedap ke tak, asalkan puas dapat merasa” hehe :D

*Dan sebelum tu, saya tak jamin. heee >< Atas selera masing2. Tapi nasi kerabu ni, Alhamdulillah menjadi. kawan-kawan suka.. :)
“mantap la buat nasi kerabu..”
 “perghh, rasa macam duduk kat Kuala Terengganu!” ----> ni ayat paling tak tahan. haha @_@


Resepinya:
NASI:
2 cawan nasi
Daun pandan / serai (boleh juga letak daun limau purut)
2 titik pewarna biru (asli: 10 kuntum bunga nasi kerabu)

Cara2nya:
- Basuh beras seperti biasa.
- Masukkan bunga nasi kerabu / pewarna.
(untuk perwarna, anda hanya perlu guna 2 titik perwarna untuk 2 cawan nasi. jangan letak perwarna terlalu banyak, nanti warna nasi jadi pelik).
- Masukkan daun pandan / serai *pastikan daun pandan dikoyak dengan menggunakan tangan. Kalau dihiris dengan pisau, aroma baunya tidak semerbak seperti dikoyak.

KUAH SAMBAL:
6 biji bawang merah (dikisar)
10 biji cili kering (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 cawan kelapa parut (digoreng tanpa minyak, sehingga garing)
1 cawan isi ikan (direbus, dibuang tulang dan ditumbuk)
2 cawan santan pekat
3 cawan air rebusan ikan
2 keping asam keping
Gula merah
Garam secukup rasa

Cara2nya:
- Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
- Masukkan bahan yang dikisar, gula merah dan asam keping.
- Masukkan kepala parut dan isi ikan yang ditumbuk
- Campurkan air rebusan ikan.
- Didihkan lagi hingga kuah agak2 pekat
- Masukkan garam dan suaikan rasa.
*resepi dalam internet, tak letak air rebusan ikan, isi ikan dan kepala parut yang ditumbuk dalam kuah. Tapi saya saja letak.. sebab ingat macam sedap je kan... O.o (tapi Alhamdulillah, menjadi..sedap!) hehe :D

SAMBAL IKAN / KELAPA GORENG:
3 cawan kelapa parut (digoreng tanpa minyak, sehingga garing)
2 ekor ikan (direbus, dan dibuang tulang) -saya guna 2 ekor besar ikan mackerel.
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:
- Tumbuk ikan yang telah direbus dan dibuang tulang.
- Tumbuk kelapa parut yang telah digoreng garing.
- Goreng bawang besar dan halia yang telah dihiris (goreng tanpa minyak)
- Masukkan isi ikan dan kelapa parut yang telah ditumbuk tadi.
- Masukkan garam dan gula.
- Goreng sehingga ikan menjadi kering.
*saya guna sedikit sambal ikan ini untuk inti solok lada...

SOLOK LADA:
10 biji cili hijau
Untuk inti, saya gunakan sambal ikan (kelapa goreng)
1 cawan santan

Cara2nya:
- Belah tengah cili hijau, buang biji dan pulurnya.
- Sumbatkan cili hijau dengan inti sambal ikan (kelapa goreng).
- Susun cili yang telah disumbat ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili masak.

AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH:
- 1 ekor ayam (potong kecil)
- 1 ½ sudu kecil serbut kunyit *
- 1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk) *
- 1 sudu kecil ketumbar (ditumbuk) *
- 3 ulas bawang putih (diketuk) *
- 1 batang serai (dihiris nipis dan ditumbuk) *
- garam dan gula secukup rasa *

Cara2nya:
- Perapkan ayam dengan bahan bertanda (*) selama 30 minit – sejam.
- Tutupkan bekas ayam, supaya udara tidak keluar dan ayam diperap dengan baik.
* kalau letakkan gula, tak perlu letak banyak supaya ayam tak jadi hitam bila digoreng.
* (saya buat ayam perap rasa dia selalu lain2. haha.. sebab suka cuba2 ikut sedap mulut).

ULAM KERABU:
kubis
kacang panjang
timun (dibuang pulurnya)
bunga kantan
tauge

Cara2nya:
- Hiris nipis mengikut kesesuaian. (tauge tak perlu hiris)
*saya guna kubis, timun dan kacang panjang. Sini tak ada bunga kantan dan tauge.
dan hasilnyaaaa.. ini... ---->v
waaaah, seriously agak tak berpuas hati dengan warnanya. tak suka main pewarna2 ni..
nak buat warna biru, last2 jadinyaa biru pudar seakan-akan hijau turqoise ^^
kata seorang kawan, "ni kenapa hijau? ekspresi ke Putrajaya ke ni?" Erk, yela kot! :D

kelapa parut yang telah digoreng garing, kemudian nak ditumbuk.

sambal ikan dan kelapa goreng~

solok lada selepas direbus dengan santan.

ayam goreng kunyit berempah.

kuah sambal

ulam kerabu.

Penat, tapi puas hati sangat!! :) Sangat berpuas hati sebab dah hilang mengidam dan dapat masak untuk kawan-kawan dengan sangat gembira. >< InsyaAllah lepas ni boleh la buat benda lain pulak. (kalau RAJIN)............
Sekian, selamat menatap gambor.
*nota HR: kawan yg seorang itu.. kat malaysia tu, jaga makan baik2 ya. anda bahagia di sana, kami juga cuba membahagiakan dengan feel ala-ala Malaysia gituuuu.. heeee >,<
Pikir-pikir, post ni macam kepoyoan je... hehe.
Apa-apa pun, Alhamdulillah 'ala kulli nikmah~ syukur2 :)


Monday, May 14, 2012

22- Ikrar Amilin



رَضِينَا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْلاَمِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُولاً

Kami berikrar,
Dengan nama Allah dan Rasul,
Pada ketika ini dan di tempat ini,
Bahawa kami akan bertauhid kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Kami berikrar,
Dengan nama Allah dan Rasul,
Untuk memberikan kesetiaan kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai jemaah dan wadah perjuangan kami.

Kami juga berikrar,
Dengan nama Allah dan Rasul,
Akan tetap dengar dan taat kepada kepimpinan sama ada di masa cergas atau malas.

Ikrar kami atas nama Allah dan Rasul,
Bahawa kami akan tetap bernafkah baik di masa susah mahupun senang.

Kami berikrar,
Atas nama Allah dan Rasul,
Akan sentiasa menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran.

Bahawasanya kami, tetap teguh berdiri untuk menegakkan agama Allah S.W.T;
Bahawasanya kami, tidak bimbang kepada celaan orang yang mencela;
Bahawasanya kami, penuh tekad untuk memberi pertolongan kepada Islam;
Bahawasanya kami, siap siaga ke medan Pilihan Raya Umum Ke-13;
Bahawasanya kami, akan mewaspadai kubu-kubu kami dari cerobohan musuh.

Atas nama Allah dan Rasul,
Bersaksilah, bahawa kami berikrar, untuk “Bersatu Memelihara Kemenangan” ini sebagaimana kami mempertahankan diri kami, isteri kami dan anak-anak kami.

Di atas ikrar ini, kami yakini, bahawa syurga adalah sebaik-baik ganjaran buat kami.

    الله أكبر     (×3)



Ikrar Amilin ini dilaungkan di Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Kedah yang diadakan di Stadium Mini Guar Chempedak pada 12 Mei 2012 baru-baru ini.


Selanjutnya, di sini.

Ya Allah, tetapkan kaki-kaki kami di atas jalan yang Kau redhai, amiin.
# Semoga pulang nanti, dapat juga menyumbang. Jadi amilin ke.. tak pun, sekurang-kurangnya jadi pemberi inspirasi, peneman setia seorang amilin hingga ke syurga. :)
(cewaaah..) hehehe ^^


Saturday, May 5, 2012

21- Tanah ini, tanah kebanggaan.



Tanah ini,

Tanah kebanggaan.
Ya Allah, tanah ini tanah kami.
Tanah kebanggaan, milik rakyat.
Namun, mestikah ada yang 'menjajah' dan 'dijajah' antara kami?
Setiap inci tanah ini, hak keistimewaannya perlu dinikmati bersama..
Tetapi kenapa mesti dinafikan hak-hak kami?

Ya Allah, kami tak rela.
Setiap waktu maruah kami diinjak-injak..
Saban hari hak istimewa kami rendah dipijak..
Kezaliman tetap terus dijulang melonjak.
Tiap pandangan kami ditulikan
Suara kami dibalas pukul sepakan.

Dan kami tak akan merelakan,
Kami terus diperlakukan sebegini.
Sungguh, tak rela!

Ya Allah, semoga tanah ini subur kembali.
Bersama pemimpin disegani,
Dengan rakyat, beliau teliti dituruti..
Di sisi Penciptanya, beliau sujud mentaati..
Menjulang syi'ar Islam, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Ya Allah, selamatkan tanah ini..
Tanah ini, tanah yang kami cintai,
tanah kebanggaan kami..
MALAYSIA!

~husna rashha~
Bayt Busyraa, JORDAN.
[020512 – 2.38 am]



Sampai waktu awal pagi, menemani sahabat2 yang lain study dan siapkan kerja,  saya tengok video ni.. sambil conteng2 yg kat atas ni. . hehe :)
(lama dah benda conteng2 ni… dari awal pagi rabu lepas lagi.. baru post. hoho)



#conteng pun conteng jugak. Tapi serius dari hati2..
Peace, No War… ^^-v

Friday, March 16, 2012

20- Refresh Hammasah ;)


Assalamualaikum, salam sayyidul ayyam.
Dan semoga Allah redha :)

Jom pagi2 begini, kita refresh hammasah (semangat) kita..  semoga lebih kuat menempuh hari mendatang.


Refresh hammasah | Dipetik dari Maza Ya'ni (Fathi Yakan)


Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh mereka yang:
- hidup dalam suasana mewah
- bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup
- mementingkan kerehatan dan mengikut runtunan nafsu
- sempit dada dan tidak memiliki kekuatan
- tidak sabar menghadapi cemuhan dan cacian, apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda
- berpegang dan berkeras dengan pendapat sendiri sahaja sedangkan dia sendiri tidak mengetahui bahawa ia tidak mengerti (kedudukan yang sebenarnya) 
- tidak bersedia untuk tunduk kepada keputusan jemaah dan tidak sanggup pula beriltizam dengan pandangan-pandangan jemaah.

Sesungguhnya jalan ini adalah: 
- jalan pembersihan jiwa, penyucian hati dan pengawalan diri, 
- jalan kerahmatan dan kemuliaan
- jalan kesabaran dan ketetapan
- jalan kebebasan dan kehormatan
- jalan kebenaran dan keikhlasan 

Sesungguhnya jalan yang mempunyai sifat-sifat seperti ini tidak akan sanggup dilalui melainkan oleh orang-orang mukmin yang hati-hati mereka mempunyai ikatan yang kukuh dengan Allah yang Maha Esa, yang menggantungkan harapan dan pertolongan kepadanya.

65:2-3, 48:10

*Semoga Allah rezekikan kita untuk terus istiqamah di atas jalan ini. Sesungguhnya kemuliaan kita itu adalah kerana agamaNya ini, dan kitalah yang sebenarnya yang memerlukan kepada perjuangan ini, bukan sebaliknya. Islam pasti akan tertegak, dengan atau tanpa kita. Selamat berjuang sahabat yang dirindui kerana Allah! 

Semoga tetap mengambil manfaat dan sebagai taujihat rohani kita.

Lama ya saya tak update post..hehe. ……?


Saturday, March 3, 2012

19- Salji: antara Rahmat & Ujian Allah.





2 Mac 2012;
Salji turun lagi di Mu'tah, berderu-deru lebatnya. Tiada apa-apa yang mampu terucap, cuma ‘Subhanallah’.. ‘ya Allah’. Sungguh tak sangka, salji turun buat kali ke-4 pada winter tahun ini.

“Dah macam duduk kat UK dah ni.. UK pon tak macam ni kot”, seloroh seorang housemate, sewaktu kami mengintai salji yang galak turun dari jendela biliknya.

Memang tak dijangka salji turun kali ini, lebih lebat dari yang sebelumnya. Lebih sejuk dan lebih menyakitkan walaupon salji yang turun hanyalah butiran-butiran putih yang halus.

Jangankan kata nak keluar bermain di luar, duduk di dalam bilik dan sambil menguis-nguis salji yang berbekas di birai jendela ini sudah cukup untuk menyakitkan jari-jemari. Sejuknya berbisa.


Salji itu RAHMAT. :)

Tahun lepas semua teringin nak bermain dengan salji. Tapi nampaknya salji memang tak turun. Lalu winter kali ini..semuanya berdoa biar salji tebal2, boleh main puas2. Nah!! Kan Allah dah bagi.. bukan sekali. Tapi 4 KALI. kan??

Salji bagi orang Jordan di sini untuk berseronok-seronok.. Semua orang teruja, gembira dengan kehadiran salji sampai kadang-kadang kita terlupa diri, lupa hikmah nikmat Allah beri. Walhal, Allah turunkan salji bukan saja-saja.

Lihat sahaja, salji di Syria. Rakyat Syria di sana memandang salji sebagai rahmat Allah yang cukup besar, nusroh Allah saat keadaan mereka di sana benar-benar terhimpit. Rakyat Syria menadah salji dan hujan sebagai kegunaan selepas bekalan air dipotong oleh kerajaan Bashar Al-Assad. Segala bekalan mereka di potong. Bekalan air, elektrik, dan lain-lain. Malah, kedai-kedai juga sudah ditutup sejak bermulanya pergolakan di sana.


Salji itu UJIAN. :)

Saudara-saudara kita di Syria dan Palestin sana, Allah uji mereka dengan kesusahan dan kesulitan. Sedangkan kita di sini bergembira dengan nikmat dan kesenangan. Tapi sedarkan kita kesenangan yang Allah titipkan buat kita hari ini, salah satu ujian? 

Kata seorang tokoh (saya benar2 tak ingat siapa namanya)..;
“Jangan bimbangkan kami di sini. Kami di sini Allah ujikan dengan kesusahan. Tapi kami lebih bimbangkan kalian di sana. Kalian di sana Allah ujikan dengan kesenangan yang berlimpah-ruah.”

See!! Kita terlalu bermewah-mewah dan selalu terlupa dengan kesenangan.
Semoga di sebalik kesenangan, kita juga sering diingatkan dengannya. :)

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” [Ar-Rahmaan : 13]







Bersalji-saljian. Salji tu salji juga ya. Doa untuk Suriyyah tetap ada.
Lebat salji kali ini di Mu'tah. semoga salji di Syria lebih lebat.
Allahu Musta'aan!! [Sesungguhnya kemenangan itu semakin hampir] :)